On Sale Now!! Shop Now

7 MAKANAN PENTING UNTUK TUMBESARAN ANAK

Mommy Daddy kena tau ya, masa usia anak kita 2 tahun hingga 12 tahun adalah usia terpenting tumbesaran terutama perkembangan minda mereka.

So penting ke penting untuk kita berikan yang terbaik? Semestinya PENTING!

Jom #MummyD share apa 9 makanan hebat untuk pembesaran anak-anak kita.

SUSU

Milk.jpg

Ini sangat penting sebab sumber kalsium utama.

Diawal proses tumbesaran, kalsium penting untuk pembentukan tulang dan otot yg kuat.

Sumber kalsium paling mudah diambil ialah susu. Tetapi jika anak anda belum mencapai 2 tahun pastikan susu yg diberi bukan susu skim atau susu rendah lemak kecuali berat badan anak anda berlebihan.

KEJU

cheesey-bread.jpeg
Keju pula sumber kalsium fosfor yg paling mudah untuk diambil oleh anak anak. Anak-anak biasanya suka kan keju kerana rasanya. Kalsium dan fosfor menggalakkan proses pertumbuhan tulang anak-anak.

Keju boleh disajikan kepada anak2 dengan menjadikan ia topping pada nasi, roti & spaghetti contohnya.

TELUR
egg.jpg
Telur pula merupakan sumber protein yang paling mudah. Selain tu telur juga kaya dengan vitamin & sumber kolin yang dapat membantu dalam perkembangan otak.

IKAN
fishfood.jpeg
Rasanya semua tau yang ikan pula merupakan sumber protien &. mineral yang tinggi. Sesetengah ikan seperti salmon, tuna, dan sardin mengandungi asid lemak Omega 3 yang tinggi. Asid lemak Omega 3 sgt penting untuk perkembangan otak, mata dan juga saraf anak anak.

DAGING
daging.jpeg
Daging juga tinggi dengan protien. Selain itu ia juga sumber zat besi yg penting untuk tumbesaran anak. Perkembangan minda anak juga berkait rapat dengan sumber zat besi yg diterima oleh tubuh anak.

GANDUM
gandum.jpeg
Gandum mengandungi kandungan serat yang tinggi. Ia bagus itk sistem penghadaman anak anak. Pengambilan gandum dapat mengelakkan anak anak dari masalah sembelit. Ia juga mengenyangkan.

BUAH & SAYURAN BERWARNA CERAH
buah-buahan.jpeg
Buah buahan yang memiliki warna cerah seperti tomato, lobak merah, betik dan labu mempunyai kandungan beta karotina yang tinggi. Beta karotena ni akan berubah menjadi Vitamin A dalam tubuh bila diambil. Vitamin A sangat penting untuk kulit dan kesihatan mata. Berikan anak anda buah buahan ini sebagai kudapan atau campurkan dalam masakan.

Buah yang berwarna cerah pula seperti epal & orange. Ianya kaya dengan sumber Vitamin C untuk anak. Vitamin C penting sebagai imunisasi semulajadi untuk anak kita.

Okay, so, pastikan kita sediakan 7 Makanan penting ni untuk anak-anak kita ya.

Boleh ke boleh? Moga kita menjadi Ibu Bapa yang terbaik untuk amanah yang diberikan Allah SWT ini.



Older post Newer post