On Sale Now!! Shop Now

Tips Macam Mana Nak Hidup Lebih POSITIVE

Camne nak jadi positive? 

Jom baca & amalkan ok.

-Tukar cara kita cakap. Kata-kata & ayat kita guna.

Ayat dalam kehidupan seharian tu kita tukar , masukkan elemen ke arah rasa bersyukur .
Contoh:  “Hari ni untung RM5 je”.’ Cer tukar kepada ayat positive & ada rasa kesyukuran.  “Hari ni untung RM5, Alhamdulillah. Alhamdulillah,semoga esok dapat untung berkali ganda. Terima Kasih Ya Allah”

- Fokus kepada jalan penyelesaian , bukan fokus kepada masalah.

Dalam hal ni kita banyak buat silap. Bila ada masalah timbul, seharian sibuk fikir kpd masalah ,end up tak selesai jugak masalah tersebut & bertambah pulak masalah lain. Sebab energy negative biasanya menarik negative datang lagu.

Contoh dalam poket duit tinggal RM5, nk survive utk makan tak cukup , pikir mana nak dapat kan lagi duit utk esok .

So camne nak buat? Biasa keadaan macam ni , dalam Islam , kita digalakkan bersedekah dan bersangka baik pada Allah.  Kalau dalam bisnes pula , katakan stok barang masih banyak , target jual 5 min barang hari ni.

- Jangan biarkan emosi marah mengawal kita.   
Kalau diam tu lebih baik dari berkata2 , diam kan je, dan tak perlu teruskan "berdebat" , even memang keadaan tu berpihak kpd kita, kita berserah kpd yg lebih Sempurna selesaikan. Sabar bebanyak.

-sentiasa bagi rewards kpd diri sendiri.
Rewards pada diri penting untuk hargai diri kita. Tak perlu harapkan pasangan utk memberi rewards.
Contoh, "Harini aku selesai kerja dgn cepat , so nk makan makanan yang sedap2 ." Kita pun akan rasa nikmat kepuasan tu nanti.

- Sentiasa pandang kpd pemandangan yang hijau , langit dan memuji keindahan alam. Bagus utk Terapi mata .   

- Caj aura positif di masjid /madrasah/ majlis-majlis Ilmu.   
Sini automatik jiwa akan rasa tenang . Seserabut kite kat rumah bila datang masjid , tetiba jiwa akan rasa syahdu. Di majlis ilmu pula, kita akan dapat aura yang positive. Automatik diri akan recharge!

-sentiasa bercerita tentang impian kita kepada anak2 atau pasangan.  
Yes, nak cerita kat orang lain atau di sosial
Media selalu nanti kena kecam pulak kan. So, cukuplah kita cerita kepada orang terdekat kita. Anak2, pasangan. Atau yang masih ada mak ayah, tak salah cerita pada mereka dan minta mereka doakan.

- senyum selalu   
Last sekali, senyum selalu. Macam ada lagu tu, “Senyum, takperlu kata apa-apa” Sebab bila kita senyum, dunia akan senyum kembali kat kita. Muka pun awet muda samaa. Gittew.


Stay Positive everybody.

Diolah dari penulisan asal saudari Tim.

#MummyD
#darwishrichdesign



Older post Newer post