Koleksi Baju Raya 2019 Dari Darwish Rich Design Serendah RM49.00


Hari Raya merupakan hari yang sangat dinanti-nantikan oleh semua terutamanya kanak-kanak! Mereka pasti tidak sabar menunggu Hari Raya untuk berhias dan berdandan sama cantik dengan orang dewasa. 

Koleksi Baju Raya 2019 Dari Darwish Rich Design Menepati Citarasa Pelanggan

Pakaian kanak-kanak harus berfungsi dalam memberikan keselesaan. Sesuai dengan keadaan cuaca di Malaysia, koleksi baju raya 2019 dari Darwish Rich Design sesuai digayakan oleh si cilik anda. 

Material pakaian dari Darwish Rich Design begitu menepati kriteria para pelanggan yang menginginkan pakaian yang selesa, tidak panas dan nampak trendy.

Darwish Rich Design tampil dengan pelbagai fesyen pakaian bayi dan kanak-kanak seperti Kurta Moden kanak-kanak, baju melayu cotton Al-Fateh DRD, kurta lelaki seperti Kurta Dani,baju melayu kanak-kanak koleksi Adam, kurta kanak-kanak Basic Unisex, kurta bayi lelaki Walid Printed, kurta kanak-kanak lelaki - Kurta Ian, jubah kanak-kanak - Jubah Basic serta sampin kanak-kanak dan bayi.

Si Cilik Cantik Bergaya Dengan Rompers Baby Dari Darwish Rich Design

Alangkah comelnya melihat si kecil bergaya dengan padanan rompers hitam dan putih. Mereka kelihatan begitu selesa dan bebas bergerak terutama bagi yang baru belajar bertatih. Rompers baby ini sesuai dipakai oleh bayi lelaki mahupun perempuan.

Bagi kanak-kanak baru belajar berjalan keselesaan menjadi perkara utama. Oleh itu ramai ibu memilih rompers baby dari Darwish Rich Design sebagai pakaian harian tidak ketinggalan sesuai juga dipakai di hari raya nanti.  

Si Cilik Nampak Lebih Feminin Dan Comel Apabila Menggayakan Koleksi Rompers Baby Dari Darwish Rich Design

Tampil dengan dua warna berbeza iaitu hitam atau putih sama ada polos atau bercorak, untuk anak lelaki dan perempuan. Romper ini mencetuskan unsur feminin dan comel.

Jenama rompers baby dari Darwish Rich Design yang bukan saja sesuai untuk penggayaan waktu kasual tetapi musim perayaan dan keraian.

Material Rompers Lembut Dan Tidak Panas Sesuai Dengan Cuaca Di Malaysia

Material rompers ini direka khas untuk bayi dan anak anda dengan material Cotton yang lembut, selesa dan tidak panas. 

Dalam keadaan cuaca yang panas di Malaysia, rompers baby ini sentiasa mendapat pilihan para ibu bapa sebagai pakaian untuk anak mereka

Dapatkan Rompers Baby dari Darwish Rich Design Serendah RM49.00 Sahaja!

Dari segi harga, semua koleksi Rompers Baby Darwish Rich Design dijual pada hargaRM49.00 sahaja anda boleh memiliki rompers baby yang sangat comel ini! Istimewanya lagi, rompers ini boleh juga dipakaikan dengan seluar.

Pakaikan rompers baby mengikut keselesaan bayi anda! Kami memberi jaminan keselesaan untuk setiap koleksi ini. Semua koleksi rompers baby ini bukan saja dijual pada musim perayaan kerana ia juga sesuai digayakan pada hujung minggu terutama ketika menghadiri jemputan majlis tertentu.

Saiz Rompers Baby Dari Darwish Rich Design

Rompers dari Darwish Rich Design boleh digayakan oleh si comel dari newborn sehingga umur 2 tahun.

Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Dapatkan Rompers Baby Dari Darwish Rich Design

Saiz : saiz rompers baby dari newborn sehingga umur 2 tahun

Material : Dijahit dengan kemas dari kain High Quality Cotton yang sangat selesa, serap peluh dan tidak panas sesuai dipakai di mana juga oleh bayi dan kanak-kanak
Sesuai dipakai untuk semua acara majlis : sangat sesuai untuk majlis-majlis keramaian  dan perayaan seperti Majlis Aqiqah, Buai Berendoi, Cukur Jambul, Majlis Pertunangan atau Hari Raya. Selain itu ia juga sesuai dijadikan pakaian harian. Secara ringkas, ia sesuai digayakan di mana sahaja di majlis formal atau tidak formal.

Selesa : pemilihan baju yang sesuai sangat penting untuk memastikansi comel anda tidak meragam. Rompers ini sangat sesuai dipakai untuk apa jua keadaan dan pastinya membuatkan si comel anda selesa.


WhatsApp Image 2019-04-04 at 10.09.43 AM.jpeg


Koleksi Pakaian Kanak-Kanak Darwish Rich Design Kini di FashionValet.com

Kurta Hamka on Fashionvalet.com

Top_Hamka.png

Hamka.png

romper baju melayu darwishrichdesign