Resepi smoothie kurma
- 7-9 biji kurma
- 1 cawan air kosong
- 2 cawan susu segar
(Bahan-bahan tambahan)
Madu/Oat/Kacang badam/Kismis
Cara-cara:
Belah kurma dan keluarkan bijinya.
- Rendam isi kurma dalam air kosong semalaman.
Kalau sis kesuntukan masa boleh gantikan dengan air panas dan rendamkan kurma 10 ke 15 minit. - Tuang kurma berserta air rendaman ke dalam pengisar dan masukkan sekali susu segar.
- Kisar sehingga hancur.
- Tuangkan ke dalam gelas dan disejukkan terlebih dahulu atau dihidangkan terus. Boleh juga kisar bersama bahan tambahan tadi mengikut cita rasa.
Nyumnyum! resepi yang amat senang ,sedap dan menyihatkan!
Resepi smoothie kurma ini boleh juga jadi "milk booster" untuk para ibu yang menyusu baby. Orang yang sedang berdiet juga boleh cuba kerana ia amat mengenyangkan dan boleh mengekang rasa lapar untuk tempoh yang panjang.
Puasa pun dah nak dekat ni, boleh lah cuba untuk waktu sahur dan berbuka.Amacam? Best ke best? Dah cuba? Nanti share sikit di komen sedap ke sedap?
LIKE & SHARE Jika bermanfaat.
www.darwishrichdesign.com