GASTRIK
Sis ada sejarah gastrik? Alahai sakit nya kalau menyerang kan. Nak puasa ni MummyD share 3 tips Ramadhan untuk pesakit gastrik supaya dapat berpuasa penuh. In sya Allah
2. ELAKKAN
- Makanan bergoreng, lemak dan makanan yang mengandungi asid seperti buah-buahan citrus( lemon, limau, grapefruit dan oren)juga produk berasaskan buah tomato.
- Makanan segera dalam tin/proses
- dan juga makanan yang tinggi kandungan gula.
- Kafein seperti teh, kopi, soda dan lain-lain minuman yang membuatkan kerap terkencing(diuretic) dan mengeluarkan banyak garam mineral dalam badan pada siang hari berpuasa.
- Merokok juga dikaitkan dengan gastritis dan penyakit ulser peptic. Dimana ia melambatkan penyembuhan ulser yang sedia ada dan menyumbang kepada ulser supaya berulang, mengganggu pencernaan dan refluks asid untuk pesakit gastrik.
- Ubat-ubatan yang merengsa lapisan perut.
2. AMALKAN
- Karbohidrat atau makanan yang lambat tercerna di waktu sahur supaya makanan lebih tahan lama, membuat kurang berasa lapar dan lebih bertenaga.
Makan makanan yang dimasak secara panggang dan rebus daripada makanan yang bergoreng dan berlemak . - Kurma adalah sumber gula yang sangat baik, berserat tinggi, mempunyai kalium & magnesium.
- Pisang adalah sumber karbohidrat yang baik dan mengandungi kalium dan magnesium.
- Makan secara sederhana dan dalam kuantiti yang kecil serta berbuka segera selepas masuk waktu.
- Berhenti makan 2-3 jam sebelum tidur untuk memberikan sistem pencernaan masa berehat yang mencukupi.
3. MINUMAN
- Minum air seperti jus buah-buahan bukan berasid dan minuman yang mempunyai banyak kalium sebanyak mungkin antara waktu berbuka puasa dan sebelum tidur supaya badan dapat melaraskan tahap cecair untuk hari berikutnya.
- Tapi kalau sis mengalami sakit ulu hati yang teruk, dapatkan pandangan doktor segera ya kerana puasa mungkin memudaratkan.
- Kalau nampak letih, lesu dan pucat, hendaklah berhati-hati kerana komplikasi gastritis adalah pendarahan dalam perut serta kekurangan zat besi untuk pembentukan hemoglobin (darah merah).
Haa, ok ke ok? Tak susah mana pun kan tips tu? InsyaAllah boleh buat. Kita niat nak beramal & ibadah, moga Allah bantu.
Apapun, nasihat doktor & ubat yang perlu di ambil, jangan tinggal. Dan Islam ialah agama yang memelihara, bukan memudaratkan
LIKE & SHARE SEMOGA Bermanfaat.
www.darwishrichdesign.com