icon-search
icon-search

HOMEMADE BROWNIES PISANG

Resepi Brownies Coklat Pisang
.
.
Dalam tengah fikir nak bagi anak makanan yang sihat, diorang suka pulak snek kan. Meh Mummy D nak share resepi simple untuk buat biskut sihat dan yang penting sedapp..
.
.
Bahan-bahan
1) 6 sudu butter, lembutkan
2) 1/3 cawan gula perang
3) 1/3 cawan yogurt, plain atau vanilla
4) 2 sudu teh baking powder
5) 1 sudu teh ekstrak vanilla
6) 1/2 sudu teh garam
7) 1 biji telur
8) 1 cawan pisang dilenyekkan (dalam 3 biji pisang)
9) 2 cawan unbleached flour
10) 1 cawan cip coklat, asingkan sedikit untuk topping
.
.
Caranya:
✔ Panaskan oven dalam 350 degree. Gris kan acuan cake / biskut tadi dengan cooking spray atau kertas untuk bakar kuih tu.
✔ Sekarang, dalam mangkuk asing, campur butter, gula, yogurt, baking powder dan garam. Guna mixer, mix kan sehingga sebati.
✔ Tambah telur, pisang lenyek dan vanila. Mix lagi.
✔ Tambah tepung dan mix hingga agak rata menjadi doh.
✔ Stop mixer. Masukkan cip coklay dan gaul dengan senduk.
✔ Letakan doh dalam acuan. Tabur lagi dan lagi cip coklat.
✔ Bakar dalam 25-30 minit sampai masak.
✔ Sejukkan dan potong dalam bentuk yang senang anak nak pegang.
.
.
Satu family boleh makan. Sekarang jom tengok ada tak pisang yang dah nak terlebih masak tu, boleh la buat ni nanti.
.
.
Share la so ibu bapa lain boleh buat snek sihat jugak untuk anak-anak.
.
.
With Love,
Mummy D
.
.
#darwishrichdesign #bajucomelanak #ilovemysolehboy #parentingohsemdrd #resepisihatdrd



Older post Newer post

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.