icon-search
icon-search

7 TIPS MUDAH UNTUK BAGI ANAK SUKA MAKAN SAYUR

7 TIPS MUDAH UNTUK BAGI ANAK SUKA MAKAN SAYUR

Sebut je ‘sayur’ mesti anak kita dah mula buat muka 😫, kadang terpaksa nak main kejar-mengejar pada waktu makan. 


Sis ada masalah yang sama tak? Haa, kalau ada, meh #MummyD share sikit tips.


7 tips ni InsyaAllah sis boleh cuba & buat anak anak sis akan suka makan sayur. 🥰


1.Beli, Masak atau Tanam bersama

-Haa, if nak anak suka nak cuba jenis sayur yang baru, libatkan mereka bersama dalam aktiviti kita. Apabila mereka terlibat dalam proses tersebut, mereka lebih suka untuk mencuba benda baru. Contohnya masa kita shopping sayur di pasar raya, bawak anak-anak sekali pilih. Mereka pun boleh sama tolong basuh atau memotong sayur. Kita kenala tengok sama tau.  Kalau sis suka berkebun, ajak mereka menanam atau memetik sayur. Ini membuatkan mereka seronok untuk mencuba “hasil tangan” mereka.


 2. Cuba cara masakan lain 

-Menggoreng, membakar di dalam ketuhar atau buat sup dapat buatkan sesetengah sayur jadi lebih lazat dibandingkan makan mentah. Jadi cubalah cara masakan yang anak sis suka


3.Corak dan warna yang menarik

-Pilih sayur dengan warna- warna berlainan dan potong dengan corak yang menarik minat anak untuk mencubanya.  Boleh jugak nanti, kenalkan satu per satu jenis sayur pada satu masa supaya anak boleh memilih sayur kegemarannya.


4.Bagi anak pujian

-Pujilah anak kita setiap kali dia makan atau cuba  makan sayur. Mereka akan suka untuk makan lagi. Puji tindakan mereka seperti – “ Mama suka tengok adik makan tomato tu, bagusnya.” Pastikan pujian tu adalah untuk menggalakkan anak  makan kerana dia sukakannya bukan hanya untuk mendapat  pujian atau hadiah dari kita


5.Role model

-ha ni penting. Sebagai Ibu bapa kitalah kena tunjukkan contoh waktu masa makan. Adik beradik lain juga boleh membantu. Dengan melihat orang terdekat makan sayur, anak akan senang tertarik untuk makan dan sukakan sayur-sayuran.


6.Aktiviti seni

-Melukis, mewarna,membaca dan juga menyanyi boleh menggalakkan anak kita untuk mencuba sayur-sayuran. Apabila mereka melihat sayur-sayuran secara ‘live’ mereka akan lebih tertarik untuk merasai  hasil lukisan atau nyanyian yang mereka suka.


7-  Jangan putus asa


-Anak sis mungkin memberikan reaksi negatif pada awalnya. Tapi sabar, jangan terus marah atau denda mereka sekiranya masih tak nak makan sayur yang diberikan kerana ini akan membuatkan mereka terus tak suka pada sayur. 


Jangan putus asa dan teruskan mencuba. Lama- kelamaan mereka akan suka pada sayur -sayuran.


So boleh ke boleh? Jom cuba sama-sama ya!!


Follow kami di Telegram untuk lebih banyakk TIPS PERCUMA sambil cuci mata.


👇

https://t.me/darwishrichdesign



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping