icon-search
icon-search

Ayah Bukan Sekadar Mencari Rezeki

Ya, langsung tak dinafikan pentingnya tugas ayah mencari rezeki. Moga Allah memberkati para ayah yang bersusah payah demi membesarkan anak anak tercinta.

.
Tetapi biasa juga kita dengar, tugas mendidik adalah tugas ibu. Jadi ayah akan melepaskan 100% tanggungjawab mendidik pada ibu, dengan merasakan cukup tugasnya hanya mencari rezeki buat keluarga. Tanggapan ini sebenarnya salah,dan tidak selari dengan Islam. Ayah adalah ketua keluarga , jadi peranan mendidik lebih berat dipikul ayah, dan bersama berganding dengan sang ibu utk mendidik.

.
Apa yang kita lihat sekarang, para ayah tidak jelas peranannya dalam mendidik, mungkin berpunca dari tidak jelas matlamat hidup berkeluarga. Jika ayah tidak lagi mendidik, berlakulah sekian banyak masalah sosial pada anak anak. Lihatlah saja dada akbar yg memaparkan macam macam berita yg menyesakkan dada.

.
Besarnya peranan ayah dalam mendidik sehingga banyak babak dalam Al Quran yang menggambarkan tentang dialaog ayah dan anak.

.
1. Adakalanya dialog antara ayah dan anak di dalam al-Quran menggambarkan keakraban hubungan mereka. Keakraban ini dilihat melalui kesudian mereka menceritakan perkara peribadi. Dalam konteks ini, mimpi dijadikan medium perantara kerana ia adalah perkara sulit yg tidak diketahui orang melainkan empunya mimpi yg berkongsi tentangnya.

.
Dalam kisah Nabi Yusuf, Allah menggambarkan betapa akrabnya hubungan beliau dengan ayahnya Ya’qub sehingga Yusuf sudi untuk menceritakan perkara peribadi dan meminta pandangan ayah beliau tentang mimpi yang di alaminya.

يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ

Manakala dalam kisah Nabi Ibrahim, si ayah pula yang sudi berkongsi mimpi beliau kepada anaknya Ismail. Kedua kisah ini menggambarkan keakraban hubungan ayah dan anak.

قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ

2. Adakalanya dialog antara ayah dan anak di dalam al-Quran menjelaskan peranan dakwah yang perlu dimainkan oleh ayah dan anak. Dalam kisah Nabi Ibrahim, beliau sebagai anak berperanan sebagai agen kebaikan. Beliau bertanya, meluahkan pandangan serta memberikan nasihat berhubung amalan menyembah berhala yg diamalkan oleh kaum ayahnya (atau bapa sedaranya).

إِذْ قَالَ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ لِمَ تَعْبُدُ مَا لَا يَسْمَعُ وَلَا يُبْصِرُ وَلَا يُغْنِي عَنْكَ شَيْئًا

Manakala dalam kisah Nabi Nuh pula, si ayah digambarkan berfungsi sebagai pendidik, yang menasihatkan anaknya supaya kembali kepada Allah. Kedua kisah ini menggambarkan peranan bersama, anak dan ayah dalam perkara dakwah dan tarbiyyah.

وَنَادَى نُوحٌ ابْنَهُ وَكَانَ فِي مَعْزِلٍ يَا بُنَيَّ ارْكَبْ مَعَنَا وَلَا تَكُنْ مَعَ الْكَافِرِينَ

.
3. Dalam dialog lelaki Madyan (bapa mertua Nabi Musa) dengan anak perempuannya pula, al-Quran menggambarkan betapa anak juga memainkan peranan penting dalam urusan domestic kekeluargaan. Yang menariknya di sini, sekiranya anak lelaki yg biasa ditampilkan sebagai pembantu urusan bapa mereka, dalam kes ini Allah menunjukkan bahawa anak perempuan juga turut berperanan dalam membina keluarga.

.
Melalui dialog anak perempuan inilah, al-Quran merekodkan bahawa ciri-ciri pekerja yg terbaik adalah mereka yang gagah dan dipercayai. Menurut Ibn Abi Hatim dan al-Tabari, anak perempuan ini dikurniakan ketajaman fikiran sehingga mampu meneliti karakter Nabi Musa yang mempunyai sifat seorang pekerja yang baik.

قَالَتْ إِحْدَاهُمَا يَا أَبَتِ اسْتَأْجِرْهُ إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الْأَمِينُ

.
4. Sekalipun Maryam bukanlah anak kandung Nabi Zakaria, peranan Zakaria sebagai penjaga (buat Maryam) memperlihatkan kedudukan Nabi Zakaria seperti bapa kepada Maryam. Dialog antara Maryam dan Nabi Zakaria memberikan kita gambaran bahawa betapa si ayah perlu memantau anak mereka. Setiap kali Nabi Zakaria berjumpa Maryam, beliau akan dapati kejanggalan berlaku. Menurut Ibn Kathir, Maryam di dapati memiliki buah-buahan pada musim yg berlawanan iaitu sekiranya waktu itu musim panas, Maryam di dapati memiliki buah-buahan musim sejuk, begitulah sebaliknya. Ada riwayat pula menyatakan Maryam memiliki buku atau sumber ilmu yg tidak diketahui dari mana datangnya.

.
Nabi Zakari berasa hairan lalu bertanya “dari mana datangnya semua ini wahai Maryam?” Sebagai seorang ayah, Nabi Zakaria tidak terus menghukum. Beliau memantau dan bertanya dahulu sebelum bertindak. Jelas kisah ini menunjukkan peranan ayah dalam memantau aktiviti anak mereka.

(كُلَّمَا دَخَلَ عَلَيْهَا زَكَرِيَّا الْمِحْرَابَ وَجَدَ عِنْدَهَا رِزْقًا قَالَ يَا مَرْيَمُ أَنَّى لَكِ هَذَا قَالَتْ هُوَ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ)

.
5. Manakala dialog Luqman dengan anaknya menyimpulkan peringkat (stages) pendidikan yang perlu ditekankan oleh si ayah kepada anaknya. Pada mulanya Luqman memulakan nasihat dari aspek aqidah dahulu (يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ). Kemudian beliau menerangkan bahawa perlunya didikan dari aspek ibadah (يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ).

.
Daripada aqidah yg benar serta ibada yang sahih ini akan melahirkan insan yang berakhlak mulia. Luqman lalu menghuraikan keperluan berperibadi tinggi buat seorang Muslim (وَاصْبِرْ عَلَى مَا أَصَابَكَ)

.
Benar, perbualan ayah dan anak di dalam al-Quran ini menggambarkan betapa pentingnya kedudukan seorang ayah sebagai watak utama dalam pendidikan anak.
Muhasabah diri.

Dr Ahmad Sanusi Azmi
Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)

.
TAG PASANGAN ATAU KENALAN YANG BERGELAR AYAH

.
www.darwishrichdesign.com

.
Jom join channel kami untuk lebih dekat; klik https://t.me/darwishrichdesign

.
#darwishrichdesign #drd #tipsparenting


Love, 

Mummy D



Older post Newer post

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.