icon-search
icon-search

TIPS #1 UNTUK BERHENTI TENGKING ANAK

Siapa ingat MummyD sharing sebelum ni tentang BAHAYA KALAU TENGKING ANAK?

.
Lupe lettew, haa takpe Klik sini tengok http://bit.ly/bahayatengking

.
Dah baca? Bahaya kan kesan dia? Kita tak naklah sampai macam tu sekali, kesan dia tu akan jejaskan perkembangan otak anak tu paling sadis. Nauzubillah!

.
Okay so apa tips dia? Tips untuk kita berhenti menengking anak ni?

.
ADA 3 TIPS UTAMA! Tapi ni MummyD share dulu #1 ya! 😉

.
NO. 1 : KENAL PASTI PUNCA KITA RASA NAK MARAH

.
Maksud kat sini, kita kena cari punca/sebab, apa perkara yang akan buat kita rasa nak cepat marah? Bahasa mudah, benda apa yang senang buat kita ni nak naik angin/marah.

.
Contoh: 
.
Macam MummyD, perkara yang akan buat MummyD akan cepat rasa nak marah ialah bila barang MummyD hilang. Sebab salah sendiri terlupa, atau selebihnya sebab anak-anak usik, buat main dan barang tu jadi salah letak & hilang!

.
Penyelesaian:
MummyD akan pastikan ingat tempat-tempat barang MummyD simpan, ada nota khas juga di Handphone list senarai barang tu diletakkan kat mana.

.
Selain tu, MummyD pastikan barang-barang kerja yang penting, MummyD letak di tempat yang tak boleh anak-anak capai. Jadinya diorang takkan kacau, main, sepahkan atau hilangkan.

.
So boleh faham ke faham? Kita ni kena kenal pasti punca yang akan buat kita ni cepat marah.

.
Lain orang lain, ada yang senang nak
cepat je marah kalau lapar, so pastikan lah dapat meals yang cukup, dan sibuk mana pun jangan skip makan.

.
Siapa nak MummyD share Tips #2 pula?? Kalau nak, belanja sikit apa-apa emoticon yang korang rasa comel di ruang komen & SHARE lah post ni okay.

.

Join channel Telegram kami https://t.me/darwishrichdesign untuk Dekatkan Jarak Kita💖

.
Mommy Daddy dah baca? Jangan lupa sebarkan moga sama-sama memberi bermanfaat, LIKE & SHARE.

.
www.darwishrichdesign.com
.

#darwishrichdesign
#drd
#bajucomelbaby #tipsibubapa


Love,

Mummy D



Older post Newer post

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.