icon-search
icon-search

9 Kelebihan Bermain Bubbles (Buih)

Nampak memang FUN. Dari baby, kakak, abang, mama dan papa suka main Giant Bubble dan bubble biasa kecik-kecik meriah tu. Dan ingat Allah jadikan sesuatu tanpa sia-sia. Ini Mummy D nak share 9 kelebihan bermain bubble untuk anak-anak. 

1. Fine Motor Skills

Anak melakukan pergerakan dengan menggunakan kordinasi kedua-dua tangan pegang stick kiri dan kanan untuk hasilkan giant bubble.

2. Visual Tracking Skills

Mata mengikut pergerakan bubbles. Ada laju ada yang perlahan. Ada yang glowing lagi ha.

3. Kordinasi Tangan dan Mata

Kerjasama yang serius diperlukan antara mata dan tangan untuk celup-celup stick tu then bergerak arah yang sesuai untuk hasilkan bubble cantik dan besar.

4. Sensory Processing Skills

Bubble yang bersifat basah, licin dan melekit bila kena tangan. Jadi perkenalkan pada mereka sifat-sifat tu. Lagi satu, nak hasilkan bubble yang cantik, anak perlu belajar organize diri dia supaya fokus dan tenang.

5. Oral Motor Skills

Bila anak sebut “wahh..” “wow..” “wee..”, perasan tak bentuk mulut berubah-ubah. Lagi satu, kalau main bubble jenis kena tiup. Dua benda ni merangsang pergerakan otot sekitar mulut. Tu yang namanya oral motor skills tu.

6. Social and Communication Skills

Semasa bermain, anak-anak berinteraksi secara aktif bila kata “mama, nak lagi, nak lagi”. Bila mereka buat macam ni, mesti ada eye-contact kan. Dan bermain bersama adik-beradik atau parents a.k.a dalam kumpulan, boleh melatih mereka untuk berwaspada pada ruang sesuai supaya tak berlanggar antara satu sama lain.

7. Gross Motor Skills

Ini melibatkan pergerakan pelbagai bila anak berdiri, berlari, berjingkit, lompat, squatting, dan macam-macam lagi. Perhatikan je dorang tu. Seronok.

8. Speech Skills

Perasan tak Bubbles, Bye-bye bubble, bunyi bubble “Pop!”, adalah perkataan yang paling senang untuk disebut oleh kanak-kanak. Jadi boleh ajak adik baby tengok sekali untuk latih bercakap. Hehe.

9. Language and Cognitive (berfikir) Skills

Sesambil fun, fun, fun tu, mama dan papa bolehlah terangkan tentang arah dan macam-macam lagi. Contoh, “tengok, bubble tu kat atas!”, “Eh bubble turun ke bawah”, “Mama nak bubble arah kiri ke kanan”. Mama dan papa boleh jadi se-kreatif mungkin. Yang penting bercakap dengan pelbagai kosa kata dan intonasi. Anak-anak kan cepat belajar.


Bubble ni boleh buat sendiri je tau. Nanti Mummy D kongsi cara buat ya. Stay tuned 


Love, 

Mummy D



Older post Newer post

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.