icon-search
icon-search

7 KHASIAT KURMA KITA PERLU TAHU

7 KHASIAT KURMA KITA PERLU TAHU
Ramadhan bakal tiba, ha masa ni buah paling popular, tak lain tak bukan ialah Kurma (Tamar)
Sedapnya kurma! Boleh dimakan dimana jua pada bila-bila masa tanpa mengira peringkat umur. Banyak sangat khasiat kurma yang Allah berikan. MasyaAllah!
Khasiat ke-7 pasti bakal ibu suka!

Ini antara 7 khasiat kurma untuk kesihatan badan kita
1)Penambah tenaga-Kurma tinggi dengan kandungan gula semulajadi. Jadi tak hairanlah ia boleh menambahkan tenaga kita.
2)Penuh dengan nutrisi, vitamin dan serat fiber-- Kurma mengandungi vitamins seperti B1, B2, B3 dan B5, kurma juga kaya dengan  selenium, manganese, copper, dan magnesium
3)Menguatkan tulang-3 biji kurma sehari dapat membantu menyihatkan dan menguatkan tulang kita. Kurma mengandungi 30microgram Vitamin K dimana badan memerlukan 90mikrogram vitamin K/sehari. Selenium, manganese, copper, dan magnesium juga penting untuk membantu tulang yang sihat dan kuat

4)Melegakan sembelit dan masalah usus- Kurma tinggi dengan serat fiber jadi ia sangat disarankan kepada mereka yang mempunyai masalah sembelit
5)Membantu kesihatan jantung-Diet yang rendah kandungan indeks glisemia (GI ; glycemic index) boleh mengurangkan risiko penyakit jantung . Kurma ialah sumber makanan yang rendah GI . Oleh itu pengambilannya sangat baik untuk merendahkan risiko mendapat penyakit jantung.

6)Meransang kesihatan otak-Makanan yang mengandungi Omega-3’s, vitamin B, vitamin E, vitamin C, Choline, Kalsium, dan zat besi dapat memelihara kemampuan otak yang sangat hebat . Kurma kaya dengan kandungan vitamin dan mineral penting ini!

7) Meransang kelahiran bayi secara normalKurma juga ada ciri untuk "pengecutan" dimana ia boleh membantu proses kelahiran lebih cepat dan efisien. Kajian menunjukkan kurma memberi kesan yang besar untuk pembukaan serviks semasa proses kelahiran.
Haa sis dah nak due date ke tu. Boleh la amalkan kurma. Semoga lancar proses bersalin ☺️Best ke best sangat makan kurma. Jom makan kurma untuk kesihatan diri kita. Boleh la cuba resepi smoothie kurma MummyD share sebelum ni 😉
Ha cari nanti post tu atau tengok di blog kami yaz

Nak banyak lagi perkongsian? Jangan lupa join Telegram kami 👇






Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping