icon-search
icon-search

ANAK TAK CUKUP TIDUR, BAHAYA??

ANAK TAK CUKUP TIDUR, BAHAYA??

Betul ke betul ni? Haa jom baca sesama dengan MummyD.

Tidur cukup untuk anak lebih sihat.💪

Cukup tidur sangat penting untuk anak kita.
Kajian menunjukkan kanak-kanak yang mendapat tidur yang cukup, lebih baik dalam memberi tumpuan, tingkah laku, belajar, memori dan keseluruhan kesihatan mental dan fizikal.

Haa, BERAPA LAMA NAK KENA TIDUR TU??

American Academy of Pediatrics menyarankan tidur :

Waktu tidur ideal untuk anak
Sumber : American Academy of Pediatrics

Kajian terbaru dari pengkaji pakar kanak-kanak menyatakan tidur juga sangat penting untuk kesihatan badan yang baik.

Apabila anak-anak cukup tidur mereka terdedah kepada risiko yang lebih rendah untuk mendapat  berat badan lebih dan memperoleh diabetes,  disamping kurang isu masalah pembelajaran dan memberi tumpuan dalam kelas.

3 tanda anak kita tak cukup tidur.

Ada beberapa perkara sis perlu perhatikan terutama pastikan anak cukup tidur supaya tenaganya dapat dikembalikan semula.
Barulah anak cergas dan ceria.

Jom periksa petanda anak tak cukup tidur

1) Selalu menguap di siang hari.
Tu maknanya samada anak kita keletihan ataupun anak kita punya tidur malam tak berkualiti



2) Meragam tanpa sebab.
Tidur adalah keperluan fisiologi paling asas dan terpenting bagi kita. Sama macam keperluan makan dan minum. Kalau anak tak cukup tidur memang meragam. Badan dah penat sangat lah tu.



3) Anak selalu jatuh sakit
BAHAYA! Tidur yang tak berkualiti dan kurangnya tidur pada anak boleh membuatkan fungsi sistem imun anak kita tak bekerja dengan baik. Jadi boleh kerap jatuh sakit.

Periksa kualiti anak sis tidur ya supaya mereka lebih sihat, cergas dan ceria. Mommy pun senang hati anak tak meragam.



SHARE & TAG pasangan jika rasa bermanfaat.

Join channel Telegram kami https://t.me/darwishrichdesign untuk Dekatkan Jarak Kita, Cuci- Cuci Mata & Tips Parenting PERCUMA 💖



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping