icon-search
icon-search

AWAS! 3 PERBUATAN IBU & AYAH YANG BOLEH MENCEDERAKAN EMOSI ANAK

Allahu. Hmm kasihan anak kita, apa lah dosa mereka yang masih kecik tu.

.
Mereka tak faham apapun lagi. Belum mumayyiz. Tak reti beza baik buruk. Tapi entah kenapa, mak & ayah bertukar jadi singa 😫

.
3 PERBUATAN TU

.
1. Menggertak & merenggut anak dengan kasar!

.
Biasakan kita buat kalau tengah marah sangat, anak merengek meragam buat perangai, kita dengan kasarnya menarik, menyentap, menggertakdan merenggut badan si anak yang halus dan kecil tu sekuat hati kalau boleh. Nak tunjuk yang kita tengah marah sangat.

Pernah buat tak?

Kalau pernah, maafkanlah diri sendiri atas kesilapan ini, dan berjanji cepat-cepat yang kita takkan ulangi lagi kesilapan ni. Kasihan si anak. Cedera emosinya dengan tangan kita sendiri. Allahu.

Kalau lepasni rasa tak tahan dan marah juga, tekan kejap butang pause. Kalau tengah berdiri cuba duduk, kalau tengah duduk cuba baring dan so on. Ini yang Nabi ajar kalau kita marah.

Kemudian..Tenung muka anak. Peluklah dia.. InshaAllah, marah kita pun akan reda. Anak pun akan mudah je dengar kata kita. Cuba ye?

.
2. Ungkit salah anak dan bandingkan dengan adik beradiknya

.
Ya, kadangkala kita tak terniatpun nak membandingkan anak, namun selalu sangat terlepas cakap macam ni. Bukan je ungkit semua salah anak, lepas tu pula asyik membandingkan anak dengan anak yang lain.

Anak akan lebih mudah rasa rendah diri dan sekaligus ‘membunuh’ rasa keyakinan dalam diri anak. Kitapun tak suka kalau orang bandingkan kita, sama juga macam anak kita. Jiwa mereka lebih halus. Jagalah emosi mereka supaya mereka memiliki self esteem yang tinggi bila dewasa nanti.

.
3. Melimitkan kasih sayang dan perhatian

.
Setiap anak, biarpun berapa usianya.. Dia tetap berhak mendapat kasih dan sayang kita — ibubapanya. Tiada limit. Tiada istilah ikut turn. Biar sekalipun dia dah mendapat adik, dia tetap menikmati kasih sayang dan perhatian ibubapanya.

Jangan pula kita menghadkan kasih sayang dengan alasan — dia sudah besar, pandai bawak diri dan sebagainya. Anak kita tetap perlukan kita, biar dewasa manapun dia. Betulkan? 🙂

.
****
Mungkin banyak lagi perkara yang adakala kita tak sedar, setiap perbuatan kita tu boleh menjejaskan dan mencederakan emosi si anak. Apapun, kitalah yang perlu sentiasa belajar perbaiki diri, upgrade ilmu keibubapaan dan jadikan diri kita sebagai sahabat dan contoh terbaik yang anak akan berbangga dengannya.

Anak adalah amanah.

Anak adalah ujian.

Anak juga saham kita disana.

Selamat mendidik dengan penuh jiwa.

Kredit UmmuAyash

Join channel Telegram kami https://t.me/darwishrichdesign untuk Dekatkan Jarak Kita💖

.
Mommy Daddy dah baca? Sebarkan ya moga sama-sama kita jadi manusia yang sentiasa memberi bermanfaat, LIKE & SHARE.

.
Boleh TAG Pasangan juga.

www.darwishrichdesign.com

.
#darwishrichdesign #drd #ilovemysolehboy #tipsibubapa


Love,

Mummy D



Older post Newer post

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.