On Sale Now!! Shop Now

7 TEMPAT MENARIK & PERCUMA BOLEH BAWA ANAK-ANAK JENJALAN & EXPLORE

Haa, hujung minggu ni tak tau nak kemana? Bosan asyik duk memerap kat rumah?

Sesekali kena la jugak keluar/ beriadah bawa anak-anak kita tu keluar. Banyak tau yang boleh mereka belajar bila ada aktiviti di luar. Cuma kita sebagai Mak Ayah kenalah awasi persekitaran dan kesesuaian.

#MummyD share ya tempat-tempat percoma ja untuk bawak anak-anak jenjalan 😉

1. RONDA KL NAIK BAS GoKL KALER PINK!


GoKL.jpeg

Haa, “the wheels on the bus go round and round..” siapa anak dia suka lagu ni? Sama lah kita. 😉

Confirm anak-anak excited nanti dapat naik Bas Pink color dapat ronda 1 Kuala Lumpur.

Dan ianyaaa PERCUMA!

Bas ini berhenti di banyak tempat — dari KLCC sampailah ke Masjid Jamek.

Maklumat lanjut klik sini ya https://www.gokl.com.my


2. MANDI- MANDA KAT KOLAM KLCC YANG BERSIH


KLCC waterpark.jpeg

Haa, kalau ke KL, jangan lupa singgah KLCC Park. Pertama, sebab dah dekat dengan Menara Berkembar Petronas.

Kedua, sebab ada tempat best untuk anak-anak di bawah 10 tahun. Anak-anak uolss sah-sah tak senang duduk tengok kolam randuk untuk depa mandi ini.

Dan kalau itu pun belum cukup meletihkan depa, tak mengapa. Sebab ada taman permainan yang besar kat sini. Dari swing sampailah ke slide, banyak tempat bermain yang macam ragam untuk depa habiskan masa depa.

Waktu Operasi: Selasa – Ahad – 10 pagi hingga 6 petang, masuk PERCUMA


3. TENGOK KLCC LAKE SYMPHONY YANG CANTIK SAMBIL RASA ANGIN MALAM


KLCC Lake Symphony.jpeg

Pergh. Yang ni best tau! Layan dan anak-anak pun suka!

Pertunjukkan air pancut di luar Suria KLCC ni setiap hari ada waktu malam bermula 8malam.

PERCUMA je, boleh bermesra dengan keluarga sambil selfie sebab suasana memang cantik!


4. NAIK JAMBATAN GANTUNG DEKAT KL FOREST EcO PARK

KL EcoPark.jpeg

Kalau nak bagi anak-anak rasa adventure sikit, ada hutan bandar dalam KL tau.

Tempatnya dekat dengan Bukit Bintang.
Yang istimewa lagi, hutan ini hutan simpan tertua di Malaysia. Jadi ada pokok-pokoknya yang sudah beratus tahun umurnya. Apa? Tak percaya?

Haa, boleh la pergi ke KL Forest Eco Park. Google kalau tak percaya. Bila datang di sini, jangan lupa naik jambatan kanopi walk. Sebab yang ini satu saja betul-betul di tengah KL.

Buka setiap hari 7am-8pm, masuk PERCUMA je.



5. RIADAH DI TAMAN BOTANI PUTRAJAYA


Taman Botani Putrajaya.jpeg

Nak kenalkan anak-anak dengan alam semulajadi? Haa, bagus kalau bawak mereka ke sini.

Kat sini ada banyak jenis untuk anak-anak kita
kenal & tengok depan mata selain daripada tengok di Google, Kamus dan YouTube.

Ha kalau nak buat extra aktiviti boleh la berbasikal sekali kat sini, InsyaAllah tenang dan selamat.

Masuk? PERCUMA jer di Presint 1 Putrajaya.


6. TAMAN WETLAND PUTRAJAYA


Taman Wetland Putrajaya.jpeg

Alang-alang dah ke Taman Botani tadi, apa kata singgah pulak Taman Wetland tak jauh situ.

Kat sini anak-anak kita boleh mengenal pelbagai jenis haiwan macam Bangau, Angsa dan jenis burung-burung yang lain.

Kat sini jugak ada menara dan kita boleh tengok pemandangan taman Wetland dari atas dengan jelas. Ada bajet lebih, boleh sewa bot bawa anak-anak merasa naik bot.

Apapun, masuk PERCUMA je. Dibuka setiap hari KECUALI Isnin.


7. REHAT-REHAT SUNYI DAN TENANG DI SECRET GARDEN 1 UTAMA


WhatsApp Image 2018-09-29 at 5.24.28 AM.jpeg

Haa, kat atas bumbung shopping mall 1Utama sebenarnya ada satu taman rahsia. Tapi tak ramai yang tahu.

Cantik tau atas tu, tenang je. Boleh la relaks kan kepala sambil bawa anak-anak tengok keindahan taman.

Bergambar pun cantik kat sini.
Sila tanya pak guard cara ke sini ya?
Datang sini hujung minggu saja tau. Dari 10pg – 10 malam. Dan layan senyap-senyap taman atas bumbung terbesar di Asia Tenggara ini. Again, PERCUMA!

Amacam best ke best? So dah ada idea dah nak bawak anak ke mana hujung minggu or cuti-cuti nanti??

Share post ni ya moga bermanfaat pada yang lain. Tak boleh share, TAG je diorg. 😉


Love,

Mummy D




Older post Newer post