icon-search
icon-search

9 TIPS LATIH ANAK PUASA DENGAN SERONOK TANPA PAKSAAN RAMADHAN NANTI!

9 TIPS LATIH ANAK PUASA DENGAN SERONOK TANPA PAKSAAN RAMADHAN NANTI!

Haa, 49 hari je lagi nak Ramadhan. Masa sekarang kejap je berlalu. So, apa salahnya kita prepare awal segala segi.
Sama jugak dalam nak melatih anak-anak berpuasa😉Ada anak sis nak belajar puasa dah? Alhamdulillah.


Tapi bukan senang nak melatih anak kan. Islam itu mudah dan lembut. MummyD nak share 9 tips boleh kita cuba untuk melatih anak berpuasa di bulan Ramadhan yang bakal menjelma.

Kewajipan berpuasa adalah kepada muslim yang baligh, jadi latihan untuk anak puasa haruslah bercirikan seperti sebuah latihan dan bukan kewajipan pada anak-anak, sesuai dengan fitrahnya bertahap-tahap. Jom baca sama-sama!

1) Rela hati dengan Ibadah Wajib

Ibu bapa haruslah memahamkan anak tentang keutamaan solat berbanding puasa. Ajak mereka dalam solat sehari-hari. Dengan ini mereka lebih mudah untuk memahami dan menjalankan ibadah puasa dengan rela hati.

2) Cerita Puasa

Aktivi yang menyeronokkan membantu anak memahami tentang ibadah puasa. Seperti berbual santai, membaca kisah-kisah di zaman Nabi, menonton kisah Upin dan Ipin ,atau lagu tentang puasa dari Omar &Hana .

3) Plan Puasa Berperingkat

First time  berpuasa? Test dulu step by step . Sis boleh mulakan dengan beberapa jam terlebih dahulu. Kemudian barulah diikuti dengan separuh hari dan seterusnya beberapa hari mengikut kemampuan anak.

Sebaiknya step ini dipertingkatkan setiap tahun bila tibanya bulan Ramadan. Jadi mereka lebih bersedia dan tidak rasa terpaksa untuk berpuasa.

4) Jadual Aktiviti

Bila berpuasa , anak akan kurang aktif kerana letih. Sis boleh cuba idea-idea menarik atau DIY untuk mereka membuat aktiviti indoor yang melekakan. Antaranya mewarna,melukis, blok binaan, membaca buku cerita, atau membuat kraf.

Jangan bagi tengok TV je sepanjang hari, kerana banyak iklan-iklan makanan dan memasak yang akan membuat mereka lapar. Kesian mereka nanti😅  


5) Buat Makanan Kesukaan untuk Sahur & Berbuka yang Seimbang

Ibu bapa perlu pastikan anak-anak mengambil keperluan makanan yang seimbang ketika bersahur dan berbuka. Resepi yang sihat menggabungkan makanan kegemaran anak-anak dengan keperluan untuk badan yang sihat( Sis boleh cuba resepi bebola sayur cheese dan   muffin ayam mushroom yang mummyD kongsi sebelum ini)

Pastikan juga mereka minum air yang mencukupi seamsa sahur& berbuka. Jangan lupa buah-buahan dan sayur-sayuran agar pencernaan mereka tidak terganggu.


6) Lewatkan Waktu Sahur

Nak bangun sahur mesti “liat” bila digerakkan. Kalau gerak awal sangat nanti mereka mungkin akan tidur semula dan terlepas waktu solat Subuh. Jadi sis gerak lah dalam 35 minit lagi nak habis waktu .
Dalam Islam, melewatkan sahur adalah perkara sunat.

7) Kekalkan Mood Berbuka Jika “ Terbuka” puasa 

Kalau nampak anak tak mampu nak teruskan, biarlah mereka berbuka. Tapi seeloknya Sis kekalkan mood berpuasa tu. Boleh cuba makan sekadarnya dan ingatkan mereka balik elok-elok seperti “ Kita cuba balik puasa lepas ni ya?” . Dengan ini mereka dapat belajar menghormati bulan puasa.

8) Puji-pujian & Kata Positif

Ucapkan tahniah kepada mereka bila Berjaya puasa, walaupun 2-3 jam atau setengah hari.  Kalau nampak nak give-up berikan galakan.Sokongan ibu bapa amat diperlukan pada ketika ini. Kalau anak tak mampu berpuasa, jangan sesekali mengejek, mengungkit, atau memalukan anak yang tidak berpuasa di hadapan orang lain. Ia boleh menjadikan mereka kurang yakin diri dan tak mahu mencuba lagi.


9)Mewujudkan taman al-Quran & kebaikkan 

Ajak anak-anak yang sudah pandai membaca al-Quran untuk membacanya setiap hari lepas solat dengan kita dan ajak adik yang belum pandai, duduk sekali mendengar bacaan kita atau bacaan dari adik-beradiknya yang lain.

Promosikan semua kebaikan seperti kutip sampah, senyum, berkongsi, bantu ibu ayah, kemas peralatan, membaca buku, bersedeqah, bermain dengan baik dan tidak marah dan tidak bergaduh.

Ha boleh ke boleh mommy daddy? Islam agama yang penuh kelembutan dan kasih sayang. Melatih anak berpuasa juga perlu dilakukan dengan berhikmah.

Mommy perhatikan kesihatan anak juga. Anak yang tidak sihat, pucat lesu jangan diminta bertahan berpuasa ya, boleh membawa kemudaratan pada kesihatan mereka pula.

Okay, so kalau rasa bermanfaat jangan lupa TAG pasangan kita TIPS ni atau SHARE kan sahaja supaya ramai lagi sama-sama dapat manfaat.

www.darwishrichdesign.com

#TipsPuasa
#Ramadhan
#Darwishrichdesign

kurta-kanak-kanak-lelaki



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping