15% OFF STOREWIDE UNTIL 29.06.2019 Shop Now

Kurta Bayi Lelaki 2019 - Koleksi Kurta Walid Printed

Para ibu bapa yang mempunyai bayi lelaki pasti mempunyai impian untuk dress - up anak mereka untuk kelihatan sentiasa macho dan handsome bukan? Jika anda ingin memakaikan bayi lelaki anda pakaian yang kelihatan tampan, pastikan anda mendapatkan kurta bayi lelaki yang dihasilkan oleh Darwish Rich Design. Anda boleh memilih dari dua jenis design yang akan membuatkan bayi anda kelihatan kemas dan juga selesa.

Kurta bayi lelaki oleh Darwish Rich Design adalah kurta kasual yang dihasilkan untuk merentasi masa dan budaya. Ia diperbuat oleh bahan yang amat berkualiti dan boleh memberikan keselesaan kepada bayi anda. Kurta bayi perlu dimiliki oleh anak - anak anda. Dengan rekaan kolar yang lembut dan bulat (rekaan teluk belanga), ia akan membuatkan bayi dan anak - anak anda sentiasa berasa selesa ketika memakai kurta ini.

Kelebihan Kurta Walid Printed Dari Darwish Rich Design 

Anda perlu tahu bahawa kurta bayi lelaki dari Darwish Rich Design adalah berbeza dari kurta bayi lelaki lain yang berada di pasaran. Antara kelebihan kurta bayi lelaki yang dihasilkan oleh Darwish Rich Design termasuklah;

  • Design Yang Menarik

Design yang dihasilkan oleh Darwish Rich Design boleh membuatkan ramai orang menyukai kurta bayi lelaki anda. Pasti bayi anda akan menjadi perhatian orang ketika ia memakai kurta bayi lelaki dari Darwish Rich Design.

  • Selesa Digunakan Oleh Bayi Dan Kanak - Kanak 

Kurta bayi lelaki ini diperbuat daripada sutera lembut yang berkualiti dan dihasilkan dengan rekaan kolar bulat yang lembut (teluk belanga). Bayi anda pasti tidak akan merengek tatkala cuaca yang panas di Malaysia. Kurta ini juga mempunyai ciri “relaxed fit” yang akan padan dengan tubuh bayi anda tanpa terlalu ketat ataupun longgar.

  • Boleh Digunakan Untuk Pelbagai Majlis

Kurta bayi lelaki ini amat sesuai untuk digunakan sekiranya bayi anda mempunyai majlis Aqiqah, Cukur Jambul ataupun sambutan Hari Raya. Selain itu, ia juga boleh dipakai untuk majlis tidak formal dan boleh dipadankan dengan apa sahaja seluar.

  • Poket Di Bahagian Dada

Jika anda mahukan kurta bayi lelaki yang mempunyai poket, Darwish Rich Design adalah jawapannya. Anda boleh mendapatkan kurta kasual yang dihasilkan dengan poket di bahagian dada untuk bayi lelaki anda. Poket ini membolehkan bayi anda meletakkan barangan mereka di dalam poket tersebut.

  • Fabrik Terbaik Dan Berkualiti Tinggi 

Fabrik yang digunakan untuk membuat kurta bayi lelaki dari Darwish Rich Design adalah berkualiti tinggi dan hanya fabrik terbaik sahaja digunakan. Sutera yang digunakan adalah ringan, lembut, dan tidak tebal. Ia akan membolehkan bayi anda untuk bernafas dan bergerak dengan bebas.

Jika ada anak lelaki, jangan lupa lihat baju melayu kanak-kanak atau kurta kanak-kanak lelaki di sini.

Kurta Bayi Lelaki Exclusive Dari Darwish Rich Design

Terdapat dua jenis design kurta bayi lelaki yang ditawarkan oleh Darwish Rich Design bagi para ibu bapa di luar sana. Design - design yang diberikan oleh kami termasuklah;

  • Kurta Walid Printed - Blue
  • Kurta Walid Printed - Green

Dapatkan Kurta Bayi Lelaki Darwish Rich Design Untuk Bayi Anda 

Anda tidak perlu lagi memikirkan pakaian yang sesuai untuk bayi lelaki anda sekiranya anda mempunyai apa - apa majlis. Kurta bayi lelaki yang selesa dengan design yang menarik ini perlu dijadikan sebagai pilihan sekiranya anda memerlukan pakaian untuk bayi lelaki anda kelihatan tampan dan segak bergaya. 

P.s: Nak gayakan dengan sampin kanak-kanak menarik juga ada di sini.