Baju Melayu Omar Premium

Baju Melayu Kanak-Kanak 2019 koleksi Baju Melayu Omar Premium

Anda mahukan kelainan baju raya untuk anak-anak pada tahun ini? Cubalah baju melayu kanak-kanak dari Darwish Rich Design. Diperbuat dari material kain High Quality Paloma Silk Satin yang sangat selesa, serap peluh dan tidak panas sesuai dipakai di mana oleh bayi dan kanak-kanak.

Si Comel Tampil Bergaya Dengan Design Yang Simple Dari Darwish Rich Design

Mahukan sesuatu yang simple tetapi menyerlah? Sudah tentunya Baju Melayu Omar Premium  dari Darwish Rich Design. Baju Melayu Omar Premium didatangkan dengan lebih dari 14 jenis warna pilihan menarik. Pasti anda rambang mata untuk pilih tema raya tahun ini!

Kombinasi Warna Popular Pada Koleksi Baju Melayu Omar Premium

Direka menepati cita rasa si comel yang gemar bermain, melompat, sukakan warna terang dan inginkan keselesaan koleksi ini benar-benar mengambil kira keperluan si kecil dalam berpakaian.

Kombinasi warna dari koleksi Baju Melayu Omar ini berbeza dengan baju melayu yang ada dipasaran. Rona yang lembut menyerlahkan si comel anda dan ianya juga dapat memberikan si comel tampak hipster. Biarkan mereka terpukau dengan si comel anda apabila menggayakan Baju Melayu Omar dari Darwish Rich Design ini.

Ciri-ciri Baju Melayu Omar Premium dari Darwish Rich Design

Rekaan Baju Melayu Omar Premium sangat eksklusif dengan ruang leher yang bulat, dapat memberikan rasa bebas untuk si comel anda bergerak. Baju Melayu Omar Premium juga mempunyai ruang poket di bahagian dada dan lengan panjang yang boleh di lipat pendek dan butang yang kemas

Kesemua koleksi Baju Melayu Omar Premium begitu kemas dijahit oleh tukang jahit personal Darwish Rich Design. Si comel anda pasti tampak hensem dan bergaya di hari raya nanti!

Si Comel Bergerak Bebas Dan Ceria Bersama Koleksi Baju Melayu Omar Premium Dari Darwish Rich Design

Selain menggunakan material yang berkualiti tinggi, material baju ini juga menyerap peluh dan tidak panas. Fabriknya yang mudah regang menyebabkan si kecil terasa bebas bergerak tanpa halangan. 

Setiap Pembelian Baju Melayu Omar Premium Mempunyai Pilihan Sampin Baju Melayu Yang Dijual Berasingan

Khas untuk pelanggan setia Darwish Rich Design! Pilihan sampin Eksklusif comelkami, diperbuat daripada material lembut Chiffon dengan design yang unik & trendy.

Pasti si manja anda menjadi tumpuan & perhatian.

Sampin baju melayu yang akan Darwish Rich Design sangat padan dan sesuai dengan koleksi Baju Melayu Omar Premium . Jadi, anda tidak perlu pening kepala nak cari sampin yang sepadan dengan baju melayu untuk si comel. Darwish Rich Design berikan pilihan berasingan kepada anda!

Saiz Baju Melayu Omar Premium dari Darwish Rich Design

Miliki Baju Melayu Omar untuk si Comel anda hari ini, kerana ia ternyata selesa dan sangat cantik untuk dipakai. Boleh dipakai oleh si comel dari umur 0 hingga 8 tahun. 

Baju Melayu Omar Premium Sesuai Digayakan Di Mana Sahaja!

Seperti koleksi lain,  Baju Melayu Omar Premium juga sangat sesuai untuk majlis-majlis keramaian  dan perayaan seperti Majlis Aqiqah, Buai Berendoi, Cukur Jambul, Majlis Pertunangan atau Hari Raya. Selain itu ia juga sesuai dijadikan pakaian harian. Secara ringkas, ia sesuai digayakan di mana sahaja di majlis formal atau tidak formal.

Dalam apa juga situasi kanak-kanak masih memerlukan padanan selesa yang bukan saja dapat menonjolkan keceriaan tetapi juga keselesaan. Mencari baju kanak-kanak lelaki untuk raya tahun ini? Jom dapatkan koleksi Baju Melayu Kanak-kanak 2019, Baju Melayu Omar Premium dari Darwish Rich Design hari ini!