icon-search
icon-search

AWAS KATA-KATA KITA BOLEH JADI PENYEBAB ANAK HILANG KEYAKINAN DAN JADI LEMAH!

AWAS KATA-KATA KITA BOLEH JADI PENYEBAB ANAK HILANG KEYAKINAN DAN JADI LEMAH!


HATI-HATI MAK AYAH! SILAP AYAT, KITA BOLEH JADI PENYEBAB JATUH NYA SELF-ESTEEM DAN SELF-CONFIDENCE ANAK-ANAK

.
Ayat menjual ketakutan sangat mudah mempengaruhi seseorang tetapi tanpa sedar menjatuhkan self-esteem dan seterusnya self-confidence.

.
Menjual ketakutan biasa digunakan marketeer semasa menjual produk atau servis mereka.

"Makan ubat ini jika tidak mahu anak anda bodoh"

"Makan ubat ini jika tidak mahu kaki kena potong kencing manis"

.
Hakikatnya ayat-ayat ini boleh menjatuhkan self-esteem anak-anak jika nada yang sama digunakan.

.
Ayat jual ketakutan
"Jangan panjat, nanti jatuh, jatuh jangan nangis ya!" kata seorang ibu kepada anaknya di taman permainan. Anaknya mahu mencuba monkey bar.

Ayat jual keberanian

"Cuba naik gayut monkey bar, ayah support dari bawah, boleh. Cuba. Cuba", kata seorang ayah kepada anak lelakinya.

.
Dua perkara saya belajar.

.
1) Anak yang dijual ketakutan tadi, terus tidak berani langsung mencuba monkey bar, sedangkan ia permainan biasa saja buat anak saya. Terus hilang rasa percaya diri. Apabila sudah hilang percaya diri. Lama-lama dia tiada yakin diri berhadapan manusia. Dari kecil hingga besar begini, bagaimanakah masa depan nanti?

.
2) Anak yang tidak berani tadi, akhirnya mencuba juga dengan sokongan ayahnya. Akhirnya dia berjaya juga. Ayat menjual keberanian akhirnya laku dan terjual, mashaAllah.

.
Setiap hari kita berkomunikasi dengan anak, berapa banyak ayat menjual ketakutan yang kita jual?

.
"Jangan masuk bilik tu, ada hantu"

"Bolehke naik basikal tu, nanti jatuh"

"Tak payahlah pergi program tu, kamu bukan pandai cakap sangat pun"

😑😑

.
Cukuplah kawan, kita ubah. Banyakkan ayat menjual keberanian.

"Nak naik basikal tu, jom ummi tolong pegang dulu"

.
"Cuba join program tu, nanti lama-lama, kakak boleh cakap depan orang"

.
"Sebagai muslim, kita kena takut pada Allah saja. Namanya taqwa. Taqwa is the highest stage of iman, tau."

.
Jom ubah💪
Banyakkan ayat menjual keberanian bukan menjual ketakutan pada anak-anak.

.
#selfreminder
Credit to : @Ummu Ilham

LOVE,

MummyD





Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping