icon-search
icon-search

ASYIK MAIN GAME & GADGET JE ANAK TU, MEH CUBA MAINAN TRADISIONAL PULAK, SEBAB ANAK SIS AKAN LEBIH POWER⚡

ASYIK MAIN GAME & GADGET JE ANAK TU, MEH CUBA MAINAN TRADISIONAL PULAK, SEBAB ANAK SIS AKAN LEBIH POWER⚡

Haa? Power? Kenapa?
Sebabbbb, permainan tradisional ni boleh melatih motor skill anak sis tau!

Haa, apa mainan tradisional yang sis suka? MummyD nak share 1 mainan tradisional yang tanpa kita sedar sangat bagus untuk perkembangan anak kita iaitu main congkak! 😉

Rahsia congkak untuk anak:👇

-Melatih anak belajar mengira

Nak letak dalam setiap lubang tu kan kena sama masa permulaan. Anak-anak boleh belajar mengira sambil bermain letakkan guli dalam lubang-lubang tu. Main sambil belajar seronok tu.

- Belajar bersabar dan jujur

Kalau asyik tak boleh jalan je sebab pihak lawan banyak guli tak berhenti-henti boleh "stress" juga tu.  Lagi la kalau nak tambah guli di "rumah" nak skip 1 lubang harus jujur kan. Banyak adab boleh dipelajari di situ

-Melatih skill psikomotor(psycomotor skills)

Bermain congkak memerlukan anak menggengam semua guli dan melepaskan satu per satu ke dalam lubang. Bukan mudah untuk tangan dan jari comel tu. Jadi ia dapat mengasah skill ini! Hebat kan🤩

-Merapatkan bonding ibubapa dan anak

Ha ni yang kita mahu. Sambil seronok main boleh merapatkan hubungan kekeluargaan. Seronok sambil main bergelak ketawa dan meluangkan masa bersama anak-anak

-Murah

Kos yang rendah je boleh beli dah congkak ni. Tak perlu mainan mahal boleh dapat banyak manfaat dalam 1 permainan

Banyak kelebihan dan mudah saja dengan mainan tradisional kita. Boleh juga meneruskan tradisi permainan congkak ni. Cuba lah 😉


Haa, jom lah kita berjemaah carCONGKAK 😊😆

SHARE & TAG pasangan kalau rasa bermanfaat🥰

Join channel Telegram kami https://t.me/darwishrichdesign untuk Dekatkan Jarak Kita, Cuci- Cuci Mata & Tips Parenting PERCUMA 💖



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping