icon-search
icon-search

MOMMY SELALU KATA" NO"? . JOM CUBA 5 CARA LAIN UNTUK TIDAK BERKATA "NO" PADA ANAK-ANAK

Asyik nak sebut "NO" pada anak? Yela buat itu salah buat ini tak boleh sampai anak tak nak dengar dah. Kalau nak ikut kan ada research yang mengatakan, otak kita ni tak boleh visualize perkataan "TAK", "JANGAN". Contoh, cuba bagi tau anak bila di depan dia ada cerek panas, "Jangan sentuh!", mesti dia aan sentuh. hahahaha...  


1 ) Jadikannya Positif
Bila sis nak cakap "jangan/no", katakan kepada apa yang mereka boleh buat. Contohnya "Jangan baling bola dalam rumah!" - Kita gantikan" Adik golek bola atas lantai ye, kita main baling bola kat luar je. "

2) Bagi pilihan dan puji

Anak-anak tengah membesar ni sukakan kebebasan membuat sesuatu jadi mereka akan merasa puas hati dengan keputusan mereka. Kalau anak sis nak makan coklat cuba bagi mereka pilihan lain lebih baik seperti " sayang,  nak roti coklat atau susu coklat?" . Bila dah pilih. Puji mereka supaya mereka rasa gembira atas pilihan mereka.

3) Alihkan perhatian

Katakan sis nak pergi shopping barang dah nampak bahagian mainan nanti anak nak pergi sana terus alihkan perhatian anak cecepat, contoh, "Nak makan apa malam nanti? Jom tolong mommy tengok ikan". Jadi tak sempat la mereka nak membuat sesuatu.😅

4) Simpan "NO" untuk keadaan yang lebih penting/bahaya.

Kalau sis nampak atau rasa anak nak buat salah/main sikit-sikit tu cuba fikir adakah tindakan mereka tu teruk sangat atau tak membahayakan diri mereka/sesiapa di keliling. Mereka juga perlu explorasi dan berseronok sesekali. Jadi mommy boleh kata " hati-hati ya sayang, main buai tu baik-baik" .
Kalau keadaan nampak bahaya sis perlulah gunakan" NO" tu, jadi nampak keperluan dan ketegasan di situ. 👍

 5) Beritahu sebab dan akibat

Anak-anak yang sedang membesar suka meneroka tidak akan tahu tindakan mereka salah kalau ibubapa tak bagitau sebab mereka dilarang membuat sesuatu. Jadi sis cakap elok-elok dengan mereka- " Adik, jangan main tepi longkang nanti jatuh, luka sakit tau"

Positif parenting boleh bentuk anak-anak membesar dengan tenang dan berfikiran rasional, cemerlang dan terbilang. gitchew....   


Dah tau, prektis tau. TAG pasangan & SHARE ya!

NAK lagi banyak tips PERCUMA sambil peluang cuci mata?

Join channel Telegram kami https://t.me/darwishrichdesign ya! 

-Mami D-



Older post Newer post

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.