icon-search
icon-search

Keunikan Kurta Moden - Firdaus Limited Edition Dari Darwish Rich Design

Keunikan Kurta Moden - Firdaus Limited Edition Dari Darwish Rich Design

Tatkala dianugerahkan cahayamata, antara impian besar untuk setiap ibubapa adalah untuk berpakaian sedondon dengan anak. Paling menjadi idaman untuk berpakaian sama di hari lebaran. Jika anda ingin berpakaian sedondon dalam persalinan yang serupa, Darwish Rich Design ada menawarkan kurta moden terbaru 2019 yang diberi nama Firdaus Limited Edition untuk dipakai oleh para bapa bersama anak lelaki masing-masing. 

Pakaian dari jenama Darwish Rich Design ini merupakan kurta moden yang dihasilkan daripada fabrik berkualiti tinggi. Dengan rekaan kolar yang bulat lembut seperti rupa teluk belanga yang tidak merimaskan, anak anda pasti akan berasa selasa sentiasa ketika menggayakannya.

Kurta-firdaus-darwishrichdesign-kurta-moden

Anda boleh juga melihat koleksi Kurta Lelaki - Kurta Dani Di Sini

Keunikan Kurta Moden - Firdaus Limited Edition Dari Darwish Rich Design 

  • Diperbuat daripada fabrik 100% Cotton yang lembut, selesa dan mudah menyerap peluh
  • Size Available XS, S, M, L, XL, 2XL dan 3XL
  • Mempunyai ruang poket di bahagian sebelah kiri dada
  • Design yang selesa untuk memudahkan pergerakan si pemakai
  • Didatangkan dalam 5 (lima) pilihan warna yang menawan hati
  • Sesuai untuk digayakan oleh kanak-kanak dan lelaki dewasa 
  • Boleh disuai padan dengan seluar jeans, seluar cargo dan joggers 
  • Harga mampu milik hanya RM109 (untuk kanak-kanak) dan RM139 (untuk dewasa)

kurta-firdaus-darwishrichdesign-kurta-moden-red

Pakaian Smart Untuk Gaya Yang Berbeza!

Berbeza dengan kebanyakan pakaian yang lain, kurta moden yang dibawakan oleh Darwish Rich Design ini ternyata unik dengan rekabentuk yang berlainan daripada pakaian normal biasa. Jika dulu hanya sering mengenakan shirt dan kemeja, kini suami dan anak lelaki kesayangan boleh tampil dengan gaya yang baru yang lebih stylo. Keunikan Kurta Moden - Firdaus Limited Edition boleh diperincikan kepada tiga kategori utama. 

1. Rekabentuk : Design Yang Lebih Moden Dan Terkini

Design yang dihasilkan oleh Darwish Rich Design boleh membuatkan si pemakainya berasa puas dan sangat selesa. Kolar leher bulat berbutang dengan gaya potongan yang tidak terlalu ketat akan membuatkan si pemakai berasa lebih bebas untuk bergerak.

2. Pemilihan Material : Fabrik Terbaik Dan Berkualiti Tinggi

Dari segi fabrik, Darwish Rich Design telah mempertingkatkan kualiti fabrik sutera lembut yang mudah di seterika dan tidak mudah renyuk. Fabrik ini sangat lembut dan sejuk pada kulit untuk memberi keselesaan menyeluruh walau dipakai sepanjang hari. 


3. Kesesuaian : Boleh Digayakan Dalam Apa Jua Majlis 

Tidak kira majlis kasual mahupun rasmi, Firdaus Limited Edition dapat disesuaikan dalam apa jua majlis. Paling penting ia dapat digayakan secara kasual mahupun formal. Koleksi Firdaus Limited Edition dari Darwish Rich Design sangat sesuai dipakai untuk Majlis Aqiqah, Cukur Jambul, Majlis Perkahwinan, Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha dan lain-lain lagi.

Selain itu, terdapat juga koleksi Kurta kanak-kanak lelaki Ian dan Kurta Bayi lelaki Walid Printed.

Koleksi Kurta Moden Terbaik Untuk Dimuatkan Ke Dalam Almari Pakaian Anak dan Suami

Telah lama mencari kurta moden lelaki yang smart dan stylo? Kini masanya telah tiba. Selepas ini anda tidak lagi perlu tecari-cari lagi. Dengan adanya koleksi Firdaus Limited Edition ini misi pencarian pakaian yang sesuai untuk apa jua majlis telah selesai dengan jayanya.  

 Kurta moden Koleksi Firdaus Limited Edition dari Darwish Rich Design ini mempunyai pelbagai variasi pilihan warna yang menarik. Jika terasa rambang mata, apakata anda pilih semuanya untuk dimuatkan ke dalam almari pakaian suami dan anak teruna tersayang. Suami dan anak selesa! Anda sendiri akan ikut tersenyum suka! 

Koleksi baju melayu cotton Al-Fateh DRD dan baju melayu kanak-kanak Koleksi Adam juga menjadi pilihan ibu.

firdaus-darwishrichdesign-kurta-moden-kurta-budak



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping