icon-search
icon-search

BETUL KE KALAU TAK CUKUP VITAMIN D & KALSIUM ANAK BOLEH CACAT⁉

BETUL KE KALAU TAK CUKUP VITAMIN D & KALSIUM ANAK BOLEH CACAT⁉

Haa, jom kita baca sesama jom!

Okay antara vitamin yang tak mendapat perhatian ialah vitamin D. Kajian menunjukkan peningkatan kekurangan vitamin D dikalangan kanak-kanak!

Vitamin D nutrien yang sangat penting untuk membantu badan untuk penyerapan dan penyimpanan kalsium dan phosphorus untuk membina tulang yang kuat . Vitamin D juga memainkan sebahagian peranan dalam kesihatan jantung dan membantu melawan jangkitan.

Oleh itu kanak-kanak sangat memerlukan vitamin D untuk membina tulang yang kuat. Vitamin D juga membantu tulang sembuh selepas kecederaan atau pembedahan.

Kekurangan vitamin D boleh menyebabkan penyakit riket (rickets) ; gangguan tulang yang menyebabkan tulang jadi lembut dan mudah patah serta kecacatan!
 
Ia juga meningkatkan risiko tulang patah dikalangan kanak-kanak,remaja dan dewasa juga. 😳

Mana nak dapat vitamin D ni?

1)Cahaya matahari!

Badan menghasilkan vitamin D bila kulit terdedah pada cahaya matahari. Tapi macam susah je kan sekarang nak mendapatkan jumlah vitamin D yang cukup untuk badan kita. Sebab sekarang mostly anak-anak lagi suka habiskan masa indoor,samada dalam rumah,sekolah atau shopping mall.

Tapi perlu diingatkan jangan terlebih terdedah pula ya.Nanti terbakar pula kulit,dan berisiko mendapat kanser kulit.


2) Makanan

Tak banyak sumber natural yang mengandungi vitamin D. Kebanyakkannya boleh didapati dalam minyak ikan seperti ikan salmon ,telur & susu. Tapi macam susah je nak bagi anak makan makanan ni kerap kan. Jadi banyak pengeluar makanan menambah vitamin D kedalam makanan seperti marjerin,yogurt, dan bijirin.

3) Supplement
Selain mengambil supplement vitamin D atas nasihat doktor, makanan yang diperkaya vitamin D adalah cara lain untuk menambah vitamin D dalam diet anak sis.

So apa lagi? Jom kita ajak anak beriadah pagi-pagi atau petang untuk mendapat vitamin D daripada matahari! Makan juga makanan sihat seperti ikan dan susu. Barulah badan sihat dan tulang kuat!


Dapat sesuatu? Bermanfaat ke bermanfaat? TAG pasangan & SHARE ya!

NAK lagi banyak tips PERCUMA sambil peluang cuci mata?

Join channel Telegram kami https://t.me/darwishrichdesign ya!



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping