icon-search
icon-search

HEBATNYA KESAN PELUKAN! 20 MINIT JE SETIAP HARI

Kalau kita sedih dan orang tersayang peluk, rasa legaaa sangat kan. Kalau kita gembira dan nak kongsi kegembiraan itu pun, rasa satu dunia sangat bermakna bila dipeluk .

Jadi sememangnya kuasa pelukan itu sangat magic! Peluk anak ada satu kuasa hebat yang pasti buat ibu bapa terkejut!


Disini mummyD nak kongsikan 3 kesan hebat ibu bapa perlu peluk anak setiap hari dengan penuh kasih sayang.

1) IQ Anak lebih tinggi

Peluk adalah salah satu ransangan yang penting yang diperlukan untuk tumbesaran otak yang sihat.
Kajian menunjukkan kanak-kanak yang menerima 20minit tambahan dalam ransangan sentuhan seperti pelukan setiap hari untuk 10 minggu menunjukkan skor tinggi yang meningkat pada penilaian tumbesaran mereka. Cuma 20 saat sehari peluk anak kesannya sangat menakjubkan! 


Kajian juga menunjukkan bukan semua sentuhan memberi impak yang baik. Hanya sentuhan kasih sayang seperti pelukan yang lembut boleh memberikan ransangan positif pada otak kanak-kanak untuk membesar dengan sihat.


2)Membantu anak membesar & badan lebih sihat dan kuat


Pelukan sangat bagus untuk menaikkan imuniti badan. Pelukan juga boleh meransang pengeluaran hormon oksitosin yang boleh memberikan kesan penting kepada badan kita. Salah satunya ialah ransangan tumbesaran badan.
Peningkatan paras oksitosin juga meningkatkan sistem pertahanan badan dengan menurunkan paras plasma dalam hormon tiroid membuatkan luka sembuh lebih cepat.

Bestnya anak sihat dan ceria!

3)Mengurangkan marah tantrum

Pelukan juga bagus untuk kesihatan emosi anak.  Sememangnya pelukan lembut dan kasih ibu bapa dapat mententeramkan tantrum anak.
Apabila anak buat perangai emosi tantrum,mereka bukannya degil . Tetapi mereka gagal untuk mengawal emosi mereka. Mereka tidak dapat mengawalnya sendiri.

Ianya ibarat kereta tanpa brek! Jadi tak kan ibu sanggup tengok anak "kemalangan" tanpa brek kan. Jadi selamatkan anak itu dari "kemalangan emosi". Peluklah mereka dengan tenang. Bisik lah, "Mama faham". Bila dah reda,
kemudian baru bagitau mereka tindakan itu salah. Mereka akan menerima nya perlahan-lahan. Sabar ya 😉

Jadi peluklah anak kita setiap hari untuk menjadikan mereka insan yang lagi hebat!

Jangan takut nanti orang kata jadi manja pulak. Ehh taklah. Manja bila kita layan semua kehendak mereka tanpa disiplin. Berbeza ya.

Hebatnya Kuasa Pelukan! Sudahkah Anda Memeluk Anak Hari Ini?

Lagi la yang bambam tu. Hehe
Rasulullah pun suka peluk anak-anak dan cucu-cucu baginda 😉


Join channel Telegram kami https://t.me/darwishrichdesign untuk Dekatkan Jarak Kita💖

.
Mommy Daddy dah baca? Jangan lupa sebarkan moga sama-sama memberi bermanfaat, LIKE & SHARE.


#darwishrichdesign
#drd #parentingohsemdrd
#bajucomelbaby
#ilovemysolehboy



Older post Newer post

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.