icon-search
icon-search

AWAS, HFMD sangat bahaya! Hati-hati.

AWAS, HFMD sangat bahaya! Hati-hati.

Salam Hujung minggu Ratna, ke mana saja hari ni?
Jika ada plan nak keluar tu, hati-hati ya sebab sekarang ni musim HFMD.

Okay, tapi, APA TU HFMD?


HFMD ialah sejenis Penyakit tangan, kaki dan mulut, yang disebabkan oleh jangkitan virus Coxsackie.

HFMD mendapat namanya dari kudis kecil yang terjadi pada tangan dan kaki, dan dalam mulut.

Kanak-kanak berumur di bawah 10 tahun sering menghidap jangkitan ini! Tapi, orang dewasa juga boleh terkena virus.

ADAKAH PENYAKIT INI SERING TERJADI DI MALAYSIA?

Ya! Kementerian Kesihatan melaporkan penyakit HFMD adalah wabak berkala di kalangan kanak-kanak.

Sejak jangkitan pertama yang dikesan di Malaysia pada tahun 1997, Kementerian telah menutup pelbagai “playschools”, sekolah rendah, pusat penjagaan kanak-kanak atau taska dan tadika untuk membendung penyakit ini.

MACAM MANA NAK TAHU JIKA ANAK KITA TERKENA HFMD Ratna?

Okay, bayi atau kanak-kanak yang menghidapi penyakit tangan, kaki, dan mulut ini akan berasa tidak sihat.

Tanda-tanda virus amat kecil – seperti ada kudis lepuh seperti dalam mulut, tangan dan kaki. Anak anda juga boleh:

Mengalami sakit tekak
Demam ringan
Kelihatan keletihan dan tak bermaya
Lepuh akibat penyakit ini amat menyakitkan.
Malah, bayi yang dijangkiti HFMD mungkin tak mahu menyusu atau makan kerana kudis dalam mulut mereka yang sangat menyakitkan.


Ratna, APA NAK BUAT KALAU ANAK MEMPUNYAI TANDA-TANDA HFMD?

Ratna kena terus bawa anak ke hospital untuk pemeriksaan doktor. Pemeriksaan terperinci lebih baik dan bersedia kerana kita mungkin perlu ditahan di hospital.

Walau bagaimanapun, jika demam anak-anak melebihi 39 darjah C, dan tak reda selepas empat hingga lima hari – doktor perlu menyemak untuk jangkitan sekunder.

Hati-hati dengan tanda-tanda dehidrasi!

Kadang-kadang bayi tak mahu menyusu kerana lepuh dalam mulut menyakitkan. Jadi, jika bayi kita tak akan makan atau minum dan lampinnya tak basah dalam lebih daripada enam hingga lapan jam, hubungi doktor!

HFMD

JIKA ANAK SAYA DAH KENA HFMD, BOLEHKAH DIA DIJANGKITI SEMULA?

YA, boleh dijangkiti lagi, cuma untuk kali kedua, seperti selesema, bayi anda akan kebal kepada virus yang sudah menjangkitinya namun, masih banyak lagi virus penyakit tangan, kaki dan mulut.

Adakah penyakit HFMD memberi kesan kepada wanita hamil?

Tiada risiko khas untuk wanita hamil, tapi dalam kes-kes tertentu, janin boleh terjejas.

Jika seorang wanita hamil terpaksa menjaga atau memegang seorang kanak-kanak yang dijangkiti dengan penyakit tangan, kaki dan mulut ini, dia perlu membasuh tangan dengan kerap.

Atau mungkin perlu memakai sarung tangan getah jika dia perlu menukar lampin atau melakukan rutin penjagaan bayi yang lain.

Okay, hati-hati ya Ratna, moga maklumat ini dapat membantu Ratna lebih memahami berkenaan penyakit HFMD ini.

Salam Hujung Minggu,
MummyD
www.darwishrichdesign.com
FB : darwishrichdesign
IG: darwishrichdesign



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping