Jadilah yang pertama menerima promosi terkini daripada kami. Pasti anda tersenyum gembira setiap hari.

Jadilah yang pertama menerima promosi terkini daripada kami.

Tinggalkan maklumat anda sekarang! Pasti anda tersenyum gembira setiap hari.




Pautan Laman
#DarwishRichDesign

Kami Koleksi Jubah & Kurta Kanak-Kanak

Assalamualaikum dan selamat datang ke Portal Rasmi Darwish Rich Design.

Sesuai dengan namanya Darwish Rich Design merupakan satu jenama yang tidak asing lagi dikalangan penggemar jubah dan kurta. Diinspirasikan daripada pakaian sunnah rasullullah saw, Darwish Rich Design tampil dengan rekabentuk jubah dan kurta yang terkini. Ekslusif untuk si comel anda.

Matlamat kami mengetengahkan pakaian sunnah sebagai pilihan utama anda untuk si comel yang soleh.

Darwish Rich Design menyediakan jubah dan kurta bayi & kanak-kanak seawal usia 0 hingga 144 bulan (12 tahun). Koleksi jubah dan kurta Darwich Rich Design terdiri dari Jubah Adam, Jubah Basic, Jubah Rizqi, Kurta Iman, Kurta Polo, Kurta Wildan, Palestine Specials, Kurta Pelikat dan Kurta Premium.

Seindah nama yang diberi, koleksi pakaian Darwich Rich Design sangat sesuai digayakan oleh si comel anda. Si comel pasti tersenyum riang tatkala menyarungkan jubah atau kurta Darwich Rich Design.

Ini kerana kami sentiasa memastikan bahawa fabrik yang digunakan adalah fabrik terpilih bermutu tinggi. Penggunaan 100% kain cotton yang diimport dari Jepun merupakan cotton paling eksklusif. Sifatnya yang halus, ringan dan mempunyai daya menyerap peluh yang tinggi serta tidak panas. Sangat selesa dan sesuai dipakai oleh si comel anda yang comel dan bijak.

Darwish Rich Design dihasilkan oleh tukang-tukang jahit yang mahir dan terlatih. Jahitannya sangat halus dan teliti. Proses menjahit jubah dan kurta dikawal selia oleh pemiliknya sendiri. Bertujuan bagi menjamin kualitinya adalah yang terbaik untuk si manja anda yang comel.

Kami sangat mementingkan keselesaan si comel anda. Koleksi Darwish Rich Design didatangkan khas dengan pelbagai saiz yang sesuai. Ibu ayah tidak perlu risau untuk mendapatkan saiz yang sesuai untuk simanja anda kerana saiznya adalah mengikut ukuran bahu, dada dan labuh. Anda boleh mendapatkan saiz yang tepat.

Didatangkan dengan pelbagai pilihan warna-warna ceria. Pasti membuatkan si comel anda tidak sabar-sabar memakainya.

Bukan sahaja sesuai digayakan di majlis-majlis kenduri dan hari raya, Darwish Rich Design juga amat sesuai dipakai bila-bila masa di mana sahaja. Rekabentuknya yang tersendiri, unik dan mengikut trend masakini.

Bagi anda yang masih ragu-ragu untuk mendapatkan koleksi kami, tunggu sekejap. Kami menyediakan testimoni untuk anda.

Untuk mendapatkan koleksi pakaian Darwish Rich Design sangat mudah. Anda boleh membeli belah secara atas talian. Pilih pakaian kesukaan anda. Pastikan anda mempunyai ukuran yang tepat untuk si comel anda.

Anda pasti teruja bukan? Jom klik sini untuk tempahan. Pesanan anda akan diproses dalam masa 24 jam. Penghantaran hingga ke pintu rumah anda.

Kami juga membuka peluang kepada mereka diluar sana yang ingin menambah pendapatan dengan menjadi agen kami. Kami yakin dan pasti anda tidak akan rugi untuk bersama-sama kami. Itu jaminan kami.

Tak sabar rasanya kami menuggu maklumbalas dari anda. Kami sentiasa mengalu-alukan segala pandangan dan cadangan dari anda. Hubungi kami di darwishrich@gmail.com atau di talian +6016 2211906

Anda juga boleh temui kami di Instagram darwishrichdesigndan facebook  Muslim Kids Wear by Darwish Rich Design

Selamat membeli belah di Darwish Rich Design.


“Soleh Boy Apparel, 
Saya pilih Darwish Rich Design”

Terima Kasih,

Muhammad Qaid Darwish
(Little CEO of Darwish Rich Design)

'));